Selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca! Baru-baru ini terdapat satu berita yang mengejutkan yang terjadi di Sarawak, melibatkan seorang gadis berumur 16 tahun dipercayai membunuh diri selepas pengiraan undian yang dibuat di akaun Instagramnya. Kejadian ini dilaporkan berlaku beberapa jam selepas beliau membuat pengundian kepada umum menanyakan bahawa patutkah gadis itu mati.

Get RM20 Discount!

Get DISCOUNT by
SCREENSHOT THIS and SHOW IT TO US!

Get the discount Now! Will be close anytime from now.

 

Pihak Instagram berkata bahawa ianya terlalu awal untuk mereka mengenakan sebarang hukuman kepada pengundi-pengundi yang tidak bermoral untuk mengambil bahagian dalam pengundian tersebut. Laporan mendapati bahawa kejadian yang menyedihkan ini berlaku pada hari Isnin yang lalu. Hasil siasatan daripada pihak polis mendapati bahawa gadis ini dipercayai menulis yang berkata “Really important, help me choose D/L” dan diikuti pilihan undi “D/L”.

 

Huruf D dan L yang dimaksudkan adalah “Die” dan “Live”. Pengundian ini merupakan satu ciri yang diperkenalkan di Instagram, dimana anda boleh menanyakan soalan dan diikuti dengan “sticker” yang anda perlu tekan untuk mengundi dan pengiraan undian akan dipamerkan serta-merta selepas undian dibuat. Berdasarkan siasatan yang dibuat oleh pihak polis, ianya sangat mengejutkan kerana sebanyak dua pertiga daripada pengundi yang mengambil bahagian dalam pengundian itu telah mengundi D.

 

Kejadian yang memeranjatkan ini merupakan sesuatu perkara yang harus diberi perhatian dan dikaji selidik tentang penggunaan ciri Instagram yang sering disalahgunakan oleh masyarakat. Kejadian seperti ini menyedarkan kita untuk tidak memandang remeh tentang kemurungan yang dialami oleh seseorang individu itu. Selain itu, polisi yang diwujudkan oleh aplikasi Instagram juga perlu digubah bagi keselamatan semua pengguna.

 

Instagram sudah pun menguatkuasakan hak pengguna untuk mengadukan “post” yang mengandungi unsur tidak sihat masyarakat untuk dialihkan daripada Instagram. Berkaitan dengan isu “self-harm”, ini Instagram juga telah menambah ciri bantuan kepada individu yang mengalami kemurungan. Sebagai contoh, jika anda membuat pencarian “suicide” di Instagram dan menekan pada “#suicide” sebuah pop-up akan keluar pada skrin dimana anda dicadangkan dan diberi pilihan untuk mendapatkan bantuan daripada organisasi yang berkaitan isu ini seperti gambar dibawah.

 

Ciri bantuan yang disediakan oleh pihak Instagram.

 

Beberapa pihak juga telah menyarankan Instagram supaya memadam akaun yang mampu mendorong golongan yang kemurungan untuk membuat perkara yang memudaratkan keselamatan diri mereka. Untuk pengetahuan anda, ini merupakan kesalahan dibawah undang-undang Malaysia bagi pelaku yang mengambil bahagian dalam sesuatu perkara yang boleh menyebabkan kematian seseorang, dikategorikan dalam kesalahan pada bahagian pertolongan pembunuhan. Jika disabit bersalah anda akan dikenakan hukuman mati atau dipenjara sekurang-kurangnya 20 tahun. Terdapat juga kematian yang berlaku sekitar tahun 2017, melibatkan seorang gadis yang berumur 14 tahun bernama Molly Russell, dipercayai membunuh diri selepas melihat post berkenaan dengan bunuh diri dan kemurungan.

Loading...
Facebook Messenger for Wordpress

Pin It on Pinterest