IPHONE TIDAK BOLEH CAS WALAUPUN SUDAH TUKAR CHARGING PORT?

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang port charging iPhone. Port charging merupakan bahagian yang penting bukan sahaja bagi iPhone, malah untuk semua telefon pintar dalam dunia teknologi yang berkembang pesat ini. Setiap telefon pintar memerlukan pengecasan jika bateri telefon itu berada di tahap yang rendah.

Get RM20 Discount!

Get DISCOUNT by
SCREENSHOT THIS and SHOW IT TO US!

Get the discount Now! Will be close anytime from now.

Bagi pengguna iPhone, jika iPhone anda berada di bacaan bateri serendah 20% anda dinasihatkan untuk mengecas telefon anda. Berbalik kepada topik kita hari ini, masalah charging ini kebanyakannya berpunca daripada salah satu cip yang berada di motherboard, iaitu “Charging IC” ataupun cip “U2”. Untuk pengetahuan anda, port charging yang berada di bahagian bawah iPhone anda jarang sama sekali untuk berlaku kerosakan.

TANDA-TANDA ANDA MENGALAMI MASALAH CHARGING IC ATAU U2

Bagaimanakah untuk mengenalpasti masalah U2 ini? Terdapat beberapa perkara yang kebiasaannya akan berlaku disebabkan masalah “Charging IC” ini. “Charging IC” ini mengawal arus cas ke bateri, menjalankan kuasa ke butang power ON/OFF, mengawal fungsi “charging port” dan mengawal pengecasan kepada “Power IC” yang mengecas iPhone. Apabila berlakunya kerosakan di cip U2, Kerosakan U2 akan berlaku secara berperingkat, keadaan cip yang akan menjadi semakin teruk, dan dengan ini kita dapat tahu tahap kerosakan yang berpunca daripada “Charging IC” ataupun U2 ini.

Pada peringkat awal, iPhone anda akan mula mengecas dengan lambat. Ini kerana arus yang masuk untuk pengecasan sangatlah rendah dan memerlukan masa yang lama untuk bateri penuh. Tahap yang kedua apabila iPhone anda adalah apabila iPhone anda mengesan hanya satu belah cable anda. Ini bermaksud keadaan U2 anda semakin teruk. Tetapi bagi pengguna iPhone yang tidak tahu tentang perkara ini mungkin tidak akan mengendahkan hal ini kerana iPhone mereka masih boleh dicas walaupun perlahan. Tahap U2 yang kritikal dapat dikesan apabila anda tidak lagi boleh mengecas telefon anda, mahupun dengan menukar cable lain.

SERVIS DI IPRO AMPANG

IPRO Ampang membuat servis face-to-face untuk proses diagnosis, dengan membaca bacaan Ammeter melalui “Digital Display”. Reading yang normal bagi sesebuah iPhone itu adalah 0.99A hingga 1A, tetapi bagi iPhone yang mengalami masalah “Charging IC”¬† pula akan menunjukkan bacaan yang sangat rendah seperti 0.32A atau apa-apa di bawah 0.50A. Dari reading inilah kita dapat mengenalpasti sama ada iPhone anda mempunyai kerosakan sebegitu ataupun tidak.

Antara punca “Charging IC” untuk rosak adalah sekiranya anda menggunakan adapter selain daripada produk Apple. Ini kerana adapter yang diproduksi oleh Appple mempunyai voltan dan arus yang sesuai untuk semua model Apple bagi mengelakkan kerosakan. Anda juga dinasihatkan untuk tidak mengecas iPhone anda dalam kereta, kerana ianya mempunyai voltan yang tidak stabil.

IPRO Ampang menyediakan servis pembaikan motherboard yang mengambil masa 2 ke 3 hari untuk membuat diagnosis penuh pada iPhone anda. Anda dinasihatkan untuk membuat backup terlebih dahulu kerana proses pembaikan berkaitan dengan motherboard ini kemungkinan boleh membuatkan data anda hilang. Pihak kami tidak jamin untuk mandapatkan semula data sekiranya data itu hilang selepas proses pembaikan Sesetengah pelanggan kami dapat mendapatkan semula data mereka, malah sesetengah mereka tidak. Proses untuk pembaikan U2 mengambil masa 2 ke 3 hari lagi kerana ianya memerlukan proses pematerian  yang memakan masa.

Loading...
Facebook Messenger for Wordpress

Pin It on Pinterest