APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG RED SCREEN INI

Pernahkah anda berada dalam situasi dimana anda menggunakan sesuatu aplikasi, dan kemudiannya secara tiba-tiba sahaja anda terkeluar daripada aplikasi itu, dimana anda harus masuk semula aplikasi tersebut? Ataupun jika iPhone anda restart secara tiba-tiba sahaja. Situasi yang paling teruk adalah sekiranya iPhone anda restart dan tersekat di logo Apple untuk seketika, dan kemudian skrin iPhone anda memancarkan warna merah dan tidak lama selepas itu iPhone anda terpadam.

Get RM20 Discount!

Get DISCOUNT by
SCREENSHOT THIS and SHOW IT TO US!

Get the discount Now! Will be close anytime from now.

Ini dapat dikaitkan dengan “memory IC” pada motherboard. Memory IC ini adalah dimana aplikasi, data, dan sistem anda beroperasi dan disimpan. Masalah ini boleh terjadi sekiranya storage iPhone anda penuh dan sistem iPhone itu tidak dapat beroperasi. Ini yang menyebabkan iPhone anda dalam keadaan “loop” dimana iPhone anda akan berulang untuk hidup dan mati, tetapi tidak dapat mengakses ke menu utama. Saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang storage iPhone anda.

Sebagai contoh, jika anda mempunyai iPhone 7 Plus dengan 32GB storage, tahukah anda bahawa iPhone anda menggunakan 8.26GB untuk sistem iPhone tersebut sahaja? Jadi, ini membuatkan storage anda hanya 23.73GB untuk anda gunakan. Untuk mengetahui penggunaan sistem ini anda boleh merujuk di Settings – General – iPhone Storage, dibahagian paling bawah menu.

APA YANG ANDA HARUS LAKUKAN JIKA MENGALAMI SITUASI SEBEGINI ?

Terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan jika masalah ini berlaku, kecuali jika skrin anda mempamerkan “red screen”, kerana itu bermaksud “Memory IC” anda telah rosak dan perlu pembaikan atau penggantian. Salah satu cara ialah anda boleh cuba untuk restart semula iPhone anda. Jika masalah itu tidak dapat diselesaikan, anda juga boleh cuba untuk membuat hard reset dengan menekan kedua-dua butang home dan butang power, bagi model iPhone 5 hingga 6S Plus, selama beberapa saat sehingga skrin iPhone anda terpadam. Bagi model iPhone 7 ke atas, cara untuk membuat hard reset adalah sama sahaja, cuma dengan menekan butang power dan butang volume. Jika berbuat demikian juga tidak dapat menyelesaikan masalah ini, perkara yang terakhir yang anda boleh lakukan adalah dengan restore semula sistem iOS anda dengan menggunakan PC. Anda dinasihatkan untuk membuat backup terlebih dahulu sebelum restore iPhone anda. Jika masalah ini masih lagi berlaku, anda kemungkinan harus membawa iPhone anda ke pusat pembaikan kerana ini merupakan masalah “Memory IC”, seperti yang dinyatakan diatas.

SERVIS PEMBAIKAN MEMORY IC DI IPRO AMPANG

IPRO Ampang menyediakan perkhidmatan diagnosis penuh yang mengambil masa dua ke tiga hari untuk mengenalpasti masalah iPhone anda. Selepas tempoh itu, pihak kami akan menelefon anda untuk membincangkan tentang laporan diagnosis serta harga untuk pembaikan. Kami juga akan mendapatkan persetujuan daripada anda terlebih dahulu sebelum kami membuat pembaikan atau pemulangan. Proses pembaikan memakan masa dua ke tiga hari lagi sekiranya kami dapat persetujuan daripada anda untuk membuat pembaikan. Manakala jika anda tidak mahu meneruskan pembaikan, kami mengambil masa satu hari untuk proses pemasangan sebelum kami membuat pemulangan. IPRO Ampang juga membuat servis jika anda ingin menambah storage iPhone.

Kesimpulannya, anda tidak digalakkan untuk menyimpan data sehingga storage anda penuh kerana ianya boleh menyebabkan iPhone anda berada dalam tahap yang kritikal pada bahagian memori dan memerlukan pembaikan pada “Memory IC” di motherboard.

Loading...
Facebook Messenger for Wordpress

Pin It on Pinterest