Get RM20 Discount!

Get DISCOUNT by
SCREENSHOT THIS and SHOW IT TO US!

Get the discount Now! Will be close anytime from now.

Kepada semua pengguna iPhone, anda semestinya tidak sabar untuk Apple membuat keluaran model iPhone yang baru. Setakat ini. terdapat beberapa buah syarikat jenama keluaran telefon pintar yang terkemuka di dunia membuat keluaran model yang sangat menakjubkan dan mengikuti kehendak pengguna. Syarikat yang membuat keluaran model yang baru adalah Samsung dan Huawei. Samsung telah mengeluarkan tiga modelnya yang baharu iaitu Samsung Galaxy S10, S10 Plus dan S10E.

 

 

MODEL-MODEL BAHARU YANG DIKELUARKAN OLEH SAMSUNG DAN HUAWEI

 

Samsung memperkenalkan satu konsep yang baru dan menarik perhatian ramai dimana ianya mampu mengecas telefon pintar yang menggunakan Qi, iaitu bagi model-model yang mampu membuat pengecasan tanpa wayar. Syarikat Huawei pula membuat keluaran model Huawei P30 Pro dimana ianya mendapat sambutan yang hangat di pasaran. Salah satu ciri yang paling diminati oleh pengguna adalah kelebihan Huawei P30 Pro untuk mengambil gambar pada waktu malam. Gambar yang dihasilkan daripada penangkapan kamera telefon itu sangatlah luar biasa, dimana anda boleh mendapatkan gambar yang jelas dan terperinci walaupun anda berda dalam keadaan yang gelap.

Sekarang ini banyak syarikat telefon pintar yang sedang berusaha untuk menjayakan penggunaan 5G, iaitu rangkaian dan penyambungan yang terpantas pada era ini. Terdapat juga model keluaran telefon pintar yang memperkenalkan telefon yang berupaya untuk dilipat dua. Ianya adalah pencapaian yang mantap kerana ini merupakan konsep yang berbeza bagi pengguna telefon pintar.

 

 

KONSEP IPHONE XI ATAU IPHONE 11

Saya ingin memulakan topik untuk hari ini dengan membincangkan konsep yang kemungkinan akan dikeluarkan oleh pihak Apple sehubungan dengan teknologi yang berkembang pesat ini, Apple mengambil langkah perlahan untuk mengikuti perkembangan rangkaian 5G dan dijangka untuk diimplementasikan pada tahun 2020. Ini kemungkinan kerana Apple tidak lagi seiring dengan syarikat Qualcomm. Syarikat Apple lebih minitikberatkan dan sedang berusaha untuk memantapkan paparan bagi model-model yang akan dikeluarkan, iaitu penggunaan peranti OLED. Terdapat juga ura-ura yang mengatakan bahawa terdapat ciri seperti AR-ready dan kamera 3D yang deselaraskan pada Face ID, dimana ianya akan memberi pencahayaan yang lebih terang yang membantu dalam mengesan muka anda dengan lebih tepat. Apple dijangkakan untuk mengeluarkan model yang baru pada bulan September, sepertimana mereka mengeluarkan model-modelnya sebelum ini.

 

 

Terdapat juga khabar angin yang mengatakan bahawa Apple kemungkinan mengeluarkan tiga buah model iPhone sepertimana mereka mengeluarkan XS, XR dan XS Max. Kami menjangkakan akan terdapat model seperti XR, dimana ianya akan menggunakan cip yang baru, mempunyai prestasi yang tinggi dan harga yang lebih berpatutan berbanding dengan dua modelnya yang lain. Antara ciri yang menakjubkan bagi iPhone XI ini adalah kehadiran tiga kanta kamera pada belakang iPhone tersebut. Ini merupakan konsep yang sama digunakan pada keluaran model Huawei Mate 20 Pro, dimana ianya mengandungi tiga kamera. Perbezaan yang memisahkan dua odel ini adalah dimana kedudukan kamera itu berada pada bahagian bucu kanan belakang iPhone itu. Model iPhone XI ini juga memunyai kebolehan yang sama seperti Samsung S10, iaitu perkongsian pengecasan dengan telefon pintar yang mempunyai Qi dan juga peranti yang lain seperti Airpods. Sesetengah pihak berpendapat bahawa akan terdapat penambahan saiz bateri dan kapasiti bagi melanjutkan tempoh penggunaan iPhone itu. Penggantian ke USB Type-C juga merupakan salah satu ciri yang kemungkinan diimplementasikan pada keluaran baru iPhone sepertimana yang telah dibuat pada iPad Pros, Macbook Air dan Macbook Pro.

 

Loading...
Facebook Messenger for Wordpress

Pin It on Pinterest