Pada hari ini saya ingin menceritakan kepada anda tentang salah seorang pelanggan kami yang datang ke IPRO Ampang untuk membuat penukaran LCD iPhone 7 Plus beliau. Encik Adham pernah datang ke IPRO Ampang sebelum ini kerana untuk mengetahui masalah berkenaan dengan iPhone 7 Plus beliau.

Get RM20 Discount!

Get DISCOUNT by
SCREENSHOT THIS and SHOW IT TO US!

Get the discount Now! Will be close anytime from now.

 

 

Masalah yang berlaku pada iPhone beliau adalah dimana paparan skrin akan membeku untuk beberapa saat sebelum ia dapat digunakan lagi. Kadang-kala Encik Adham terpaksa menekan butang Power untuk mematikan skrin, sebelum ciri sentuhan dapat berfungsi semula seperti biasa. Encik Adham disambut mesra oleh salah seorang juruteknik IPRO Ampang yang bernama Arif. Encik Adham memaklumkan kepada Arif bahawa baru baru ini beliau ada membuat penukaran LCD daripada pihak luar.

 

Pihak tersebut memaklumkan kepada beliau bahawa perkara ini mungkin disebabkan oleh kerosakan pada motherboard. Selepas bersetuju untuk meninggalkan telefon beliau untuk dua hari, untuk kami membuat semakan pada motherboard. Selepas dua hari, kami menelefon Encik Adham untuk memberitahu tentang laporan yang berkaitan dengan motherboard beliau. Keesokannya harinya Encik Adham datang ke IPRO Ampang untuk mendengar penjelasan tentang masalah yang dihadapi oleh iPhone beliau ini.

 

Berdasarkan laporan yang kami dapati daripada pihak juruteknik motherboard kami, tidak ada sebarang kerosakan pun yang terdapat pada motherboard beliau itu. Arif kemudian membuat penerangan kepada Encik Adham bahawa kemungkinan peranti LCD yang ditukarkan itu bermasalah. Arif juga menukar LCD yang baru untuk membuat pengujian pada iPhone 7 Plus Encik Adham untuk memastikan sama ada masalah ini masih berlaku.

 

Selepas satu jam membuat pengujian, masalah skrin membeku ini tidak ada langsung pun yang berlaku. Arif kemudian memaklumkan kepada Encik Adham supaya merujuk kembali penukaran LCD itu kepada pihak luar tersebut. Encik Adham telah pun mendapatkan refund daripada pihak tersebut dan segera membuat penukaran LCD di IPRO Ampang. Penukaran LCD iPhone 7 Plus mengambil masa 30-45 minit sahaja. Selepas berpuas hati tentang fungsi sentuhan beliau, Encik Adham mengucapkan terima kasih dan menuju ke kaunter pembayaran. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada pihak kami dan memilih IPRO Ampang sebagai pusat servis pembaikan telefon anda, Encik Adham!

 

ipro repair iphone pantas ampang

KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (014-5000085) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: http://iphonerepairkl.com/

Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur

 

Bagi perhatian anda semua, sepanjang bulan Ramadhan kami akan beroperasi pada masa seperti berikut:-

SABTU – KHAMIS = 9:00 AM hingga 5:30 PM

JUMAAT = 9:00 AM hingga 12:30 pm // 2:30 PM hingga 5:30 PM

                   (rehat 12:30 – 2:30)

Loading...
Facebook Messenger for Wordpress

Pin It on Pinterest