Salam sejahtera kepada semua pembaca! Hari ini saya ingin berkongsikan sebuah kisah yang menimpa salah seorang pelanggan kami sebelum beliau menghantar telefon beliau ke IPRO Ampang untuk menerima servis pembaikan daripada pihak kami.

Get RM20 Discount!

Get DISCOUNT by
SCREENSHOT THIS and SHOW IT TO US!

Get the discount Now! Will be close anytime from now.

 

NUR HANI ; PENGGUNA IPHONE X ; BELIAU DATANG DENGAN MASALAH SKRIN IPHONE X YANG PECAH DAN TIDAK MENGELUARKAN PAPARAN

 

Kelihatan senyuman yang terukir pada wajah Nur Hani selepas penukaran LCD iPhone X dan membolehkan beliau untuk menggunakan telefon itu semula.

 

SERVIS DI IPRO AMPANG

 

Nur Hani datang ke IPRO Ampang ditemani pasangannya untuk membuat penukaran LCD iPhone X beliau dimana skrin beliau telah retak dan tidak mempamerkan apa-apa paparan. Beliau disambut mesra oleh salah seorang juruteknik kami bernama Arif, dimana Nur Hani dipelawa untuk duduk berhadapan dengan juruteknik kami untuk menerima servis daripada kami. Nur Hani kemudiannya menyerahkan telefon beliau kepada Arif untuk disemak terlebih dahulu sebelum apa-apa servis dilakukan.

 

Nur Hani menceritakan bahawa keretakan yang teruk ini berlaku semasa beliau dan pasangannya berada di atas motor di jalan raya dan telefon yang berada dalam poket seluar beliau terjatuh. Nur Hani yang menyedari tentang perkara itu langsung berhenti di bahu jalan untuk mengambil telefon tersebut. Nur Hani mengalami kesulitan untuk mengambil telefon tersebut kerana kesesakan jalan raya pada waktu itu.

 

Pasangan Nur Hani pula menyambung untuk menceritakan bahawa mereka hanya boleh memerhatikan dari bahu jalan pada telefon Nur Hani yang telah dilanggar empat buah kereta sebelum mereka berjaya mengambil telefon tersebut. Nur Hani juga memberitahu bahawa permukaan luaran telefon itu panas sejurus selepas beliau memegang telefon itu.

 

Arif bersimpati mendengar penjelasan Nur Hani lalu memulakan untuk menyemak keadaan telefon itu dengan membuat semakan bacaan pengecasan dan mendapati arus cas yang masuk ke dalam telefon tersebut adalah normal. Ini bermaksud bahawa telefon itu masih lagi hidup dan mempunyai kerosakan yang kritikal. Arif kemudian mengambil LCD yang baru untuk membuat pengujian terlebih dahulu terhadap kerosakan yang lain yang mungkin terdapat pada telefon Nur Hani itu akibat kemalangan itu.

 

LCD iPhone X Nur Hani yang kembali mengeluarkan paparan selepas proses penukaran dibuat.

 

Setelah LCD yang baru telah dipasangkan, berjaya menghidupkan telefon dan mengeluarkan paparan, Arif mendapati bahawa fungsi Face ID itu gagal dan juga kegagalan kamera belakang, terus memaklumkan perkara itu kepada pasangan tersebut. Permukaan telefon yang panas itu adalah disebabkan litar pitas yang berlaku daripada kamera belakangnya dan juga merupakan punca telefon itu panas.

 

Kelihatan wajah dukacita Nur Hani setelah mendengar tentang kerosakan yang pelbagai pada iPhone X beliau itu. Setelah perbincangan dibuat oleh kedua-dua pihak juruteknik dan juga Nur Hani, Nur Hani membuat keputusan untuk menukar LCD sahaja. Proses penukaran LCD iPhone X mengambil masa 20-30 minit dan pengujian terhadap LCD yang baru itu turut dilakukan seperti fungsi 3D Touch dan peranti Ear Speaker.

 

Arif juga meletakkan Kapton Tape untuk menghalang aliran elektrik pada kamera belakang untuk mengelakkan kepanasan pada telefon itu. Selepas Arif berpuas hati terhadap pengujian yang dilakukan, Arif memberi telefon itu semula kepada Nur Hani. Nur Hani juga diberi waranti selama satu bulan sekira mempunyai apa-apa masalah berkaitan dengan LCD itu. Pasangan itu mengucapkan terima kasih kepada Arif sebelum membuat pembayaran.

 

Terima kasih kerana menyokong dan memberi kepercayaan kepada IPRO Ampang untuk memberikan anda servis terbaik kami!

 

ipro repair iphone pantas ampang

KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (014-5000085) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: http://iphonerepairkl.com/

Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur

 

Bagi perhatian anda semua, sepanjang bulan Ramadhan kami akan beroperasi pada masa seperti berikut:-

SABTU – KHAMIS = 9:00 AM hingga 5:30 PM

JUMAAT = 9:00 AM hingga 12:30 pm // 2:30 PM hingga 5:30 PM

                   (rehat 12:30 – 2:30)

Loading...
Facebook Messenger for Wordpress

Pin It on Pinterest