Pada hari ini saya ingin menceritakan tentang Operating System (OS) Android.

Get RM20 Discount!

Get DISCOUNT by
SCREENSHOT THIS and SHOW IT TO US!

Get the discount Now! Will be close anytime from now.

 

ANDROID 9.0 PIE

 

Android telah pun memperkenalkan versinya yang kesepuluh. Tahukah anda bahawa Android menamakan setiap versi OS mereka mengikut turutan abjad? Android 9.0 Pie merupakan satu pengalaman yang berbeza berbanding dengan versinya sebelum ini. Antara beberapa ciri yang menarik tentang Android 9.0 Pie ini adalah dimana anda boleh mengubah “gesture” atau isyarat. Apa yang dimaksudkan oleh gesture ini adalah anda boleh menukar aplikasi yang anda sedang gunakan dengan hanya “swipe” ke atas untuk menukar menu, tanpa perlu menyentuh ruangan di sebelah kanan butang “home” telefon anda. Dengan gesture ini anda dapat mepercepatkan proses penukaran ke aplikasi yang lain. Selain itu, ciri “Dove” juga mengalami inovasi yang lebih canggih berbanding pada versi Android yang keenam, Android 6 Marshmallow. Ciri Dove ini berfungsi untuk tidak mengaktifkan aplikasi yang jarang anda gunakan ke mod “deep sleep” dan aplikasi tersebut tidak akan mengganggu prestasi bateri anda. Penambahan ciri “Adaptive Battery” di Android 9.0 Pie dimana ianya meneliti aplikasi yang anda kerap guna dan meminimasikan penggunaan bateri bagi aplikasi yang kurang digunakan.

 

 

 

Android merupakan OS yang paling banyak digunakan di model-model telefon pintar. Android merupakan salah satu projek yang terbesar bagi syarikat Google. Untuk pengetahuan anda, pada tahun 2005 Google telah membeli syarikat Android yang pada masa itu membuat OS bagi sesetengah model telefon pintar dan juga kamera digital. Samsung mempunyai peluang untuk membeli syarikat Android, namun begitu Samsung melepaskan peluang itu kerana mereka meragui akan potensi Android untuk mendapat sambutan daripada syarikat-syarikat telefon pintar.

 

 

Versi OS yang pertama diperkenalkan oleh Android adalah pada model telefon HTC Dream, iaitu Android 1.0. Seperti yang saya sedia maklumkan pada perenggan yang pertama, Android mula menamakan versi OS mengikut turutan abjad bermula daripada huruf C sejurus selepas keluaran awal OS Android, iaitu Android 1.0 dan Android 1.1. Sudah pasti Android akan menamakan OS selepas Android 9.0 Pie dengan perkataan yang bermula dengan huruf Q. Apa yang menarik tentang nama yang digunakan oleh Android adalah mereka menamakan semua versi OS mereka menggunakan nama manisan atau pencuci mulut.

 

 

Berikut adalah senarai OS yang dikeluarkan oleh Android:

NAMA-NAMA VERSI ANDROID:

 

  1. Android 1.5 : Android Cupcake
  2. Android 1.6: Android Donut
  3. Android 2.0 : Android Eclair
  4. Android 2.2 : Android Foyo
  5. Android 2.3 : Android Gingerbread
  6. Android 3.0 : Android Honeycomb
  7. Android 4.0 : Android Ice Cream Sandwich
  8. Android 4.1 hingga 4.3.1 : Android Jelly Bean
  9. Android 4.4 hingga 4.4.4 : Android KitKat
  10. Android 5.0 hingga 5.1.1 : Android Lollipop
  11. Android 6.0 hingga 6.0.1 : Android Marshmallow
  12. Android 7.0 hingga 7.1: Android Nougat
  13. Android 8.0 hingga 8.1 : Android Oreo
  14. Android 9.0 : Android Pie
  15. Android 10.0 : Android Q****????

 

 

Loading...
Facebook Messenger for Wordpress

Pin It on Pinterest