1. Cas semula power dengan lebih kerap.
- Kita sering dimomokkan dengan mitos bahawa mengecas bateri hanya selepas bateri device habis sepenuhnya adalah baik untuk bateri. Ianya mungkin betul satu masa dulu, tapi tidak kini. Namun berbeza dengan hari ini. Ia kerana bateri lithium-ion & lithium polymer yang digunakan oleh kebanyakan device hari ini tidak mempunyai efek memori. Maka anda tidak lagi perlu menunggu peranti kehabisan kuasa sepenuhnya untuk mengecas semula. Waktu terbaik untuk mengecas semula ialah pada tahap kuasa 10% hingga 20%.
2. Jangan charge smartphone sepanjang masa.
- Mengecas device terlalu lama tidak lagi menjadi masalah untuk device hari ini. Ia disebabkan device sekarang mempunyai keupayaan untuk memotong aliran masuk kuasa bagi menghentikan pengecasan selepas bateri dicas penuh. Namun, ia tidak bermakna anda boleh terus menerus mengecas device tanpa henti. Anda perlu biarkan bateri device untuk berfungsi dengan sendiri tanpa memaksa kuasa bateri untuk terus kekal di tahap yang tinggi. Untuk keputusan yang terbaik, kekalkan bateri device pada tahap 40% hingga 80% untuk menjaga kesihatan bateri anda.
3. Tanggalkan cover phone ketika mengecas.
- Kebanyakan dari kita menggunakan casing pada device demi menjaga daripada mudah retak sekiranya jatuh ke lantai. Tiada masalah dengan perkara itu. Akan tetapi, semasa megecas device, pastikan anda menanggalkan casing tersebut daripada device. Ini bagi memastikan suhu bateri device tidak meningkat tinggi akibat terperangkap oleh sarung pelindung.
4. Elakkan phone daripada terdedah pada suhu yang tinggi atau rendah.
- Masih lagi berbincang mengenai suhu. Anda diingatkan supaya sentiasa memastikan device terdedah pada suhu yang terlalu tinggi & terlalu rendah. Sebagai contoh, sekiranya anda menunggang motorsikal sewaktu cuaca panas, jangan sesekali meletakkan telefon bimbit anda di raga motorsikal. Suhu yang panas bukan sahaja memberi kesan kepada bateri, malah panel skrin juga mungkin terjejas. Akibatnya, skrin akan kelihatan semakin malap. Bateri device juga gagal berfungsi dengan sebaiknya sekiranya suhu terlalu rendah, ibarat enjin kereta yang tidak dipanaskan dulu pada waktu pagi. Jadi jika anda bercuti di kawasan sejuk, pastikan anda kurangkan penggunaan device semasa di luar bangunan.
5. Kosongkan kuasa bateri dari masa ke semasa.
- Walaupun anda sering dinasihatkan untuk tidak membiarkan device kehabisan kuasa sepenuhnya dengan kerap, ia perlu juga dilakukan dari semasa ke semasa untuk “menyegarkan” kembali bateri device. Anda dinasihatkan sekurang-kurangnya sekali untuk setiap 3 bulan. Adalah lebih baik sekiranya anda dapat melakukannya untuk sebulan sekali. Untuk keputusan terbaik, pastikan jarak masa antara setiap pengosongan kuasa itu adalam sama. Dalam kata mudah, jika anda mengosongkan bateri buat kali pertama selepas 30 hari, maka pengosongan bateri yang kedua juga perlu dilakukan 30 hari selepas itu.